Sejak 2, 3 minggu nih dak kedengaran la 2 cerita yang mampu menerbitkan rasa ceria dikalangan pekerja macam aku ni. Khabar anginnya ianya akan diumumkan oleh Perdana Menteri belanjawan 2012 ni. Satunya cerita ceriti gaji bakal di revise semula. Awalnya dengan kenaikan sekali ganda. Tapi macam lawak ja, bila sembang balik dengan orang-orang pencen, diaorang cakap kalau ikut sejarah kenaikan susah la nak lebih dari 20%. Apapun kena tunggu.
Satu lagi cerita had umur persaraan akan dinaikkan jadi 60 tahun. Cerita ini banyak diperdebatkan mana taknya banyak implikasi yang bakal berlaku.Disudut positifnya kalau dilihat perkembangan ekonomi dan kos sara hidup yang kian naik, ini adalah tindakan yang boleh dikatakan sesuai bagi memastikan masyarakat stabil. Bagi yang baru membina keluarga diusia lewat, mungkin waktu pencen tuh anak dok mengaji lagi. Tapi kalau pencen 60 tuh bolehla cover sikit kewangan untuk keluarga. Mungkin diperingkat goverment dapat menjimatkan kos, ini kerana jangka hayat rakyat kian meningkat.
Bila dah umur meningkat secara tak langsung semua akan menurun, produktiviti, motivasi dan macam-macam lagi lah boleh berlaku.Kenaikan pangkat pastinya akan bermasalah kepada pegawai muda jika ianya dilaksanakan. Mana taknya yang atas tak pencen macam mana yang bawah nak naik. Bila lewat naik masa tuh la kita nak tengok pekerja kita hilang motivasi dok buat kerja yang sama selama lebih 10 tahun.tergelak bila baca statment seorang pengarah
Peluang untuk naik pangkat masih ada, cuma sedikit lewat.
Kalaulah dia berada dijawatan yang rendah, dengan cabaran hidup dan keterhadan kewangan mampukah dia mengeluar statment sedemikian. Adakah selepas ini succession planning akan mengambil kira pekerja yang dibawah? dan bukan setakat memaksimumkan gaji mereka yang diatas.
Itu tidak termasuk lambakan graduan yang dihasilkan lebih 20 buah universiti tempatan dan tak termasuk universiti dari luar negara. Ijazah gempak tapi peluang kerja takda. Kalau ada pon nak masuk pakai kabel. Maka takut-takut kot lepas tuh mula lah fenomena mak, pak ,anak, menantu, dan cucu dok kerja satu jabatan/syarikat. Sebabnya persaingan yang kian mencabar.
Apapun semua masih spekulasi, yang penting setiap keputusan tuh dalam situasi menang-menang. Aku dok doa kot gaji naik ,aminn rezeki anak-anak haha.
Related posts:



Banyak betul info menarik dan berguna dekat sini. Thanks. Nasihangit dah linkkan blog ni. Kalau tak percaya, boleh check dekat sini.
http://nasihangit.blogspot.com/
Nanti share lagi yer info yg menarik. Hehehe
terima kasih bro