Bahan yang menunjukkan kaedah untuk menentukan jantina bayi ini aku dapat dari seorang sahabat. Dia bagi tau artikel ini dia dapat dari keluarga dia yang mana diambil dari satu majalah yang dikeluarkan pada tahun 1968. Lama tuh. Mulanya aku amik saja bukan apa saja nak kumpul bahan bacaan.

Tapi ujung minggu ni, bini aku ada bagitau cuba yang teori ni macam menepati ja dengan beberapa kejadian sebenar. Aku ambil dua tiga sample memberikan jawapan yang hampir tepat. So aku rasa teori ini logik tapi semuanya bergantung kepada ketentuan tuhan jugak.Namun di pihak kita kena berusaha la, kot-kot nak merancang famili bagi dapat anak perempuan ka laki ka mungkin bleh cuba la jadual seperti dibawah nih.

Cara nak kiranya adalah dikolum yang pertama menunjukkan bulan dan dibaris yang pertama menunjukkan umur anda atau isteri anda. Sebagai contoh anda berumur 21 tahun dan tarikh terakhir haid anda/isteri anda adalah pada bulan 4 maka anda boleh menjangkakan bahawa bayi yang bakal anda lahir adalah bayi perempuan. Namun jika anda berumur 21 tahun 9 bulan, ini menunjukkan umur anda lebih dari 1/2 tahun maka ianya dikira sebagai 22 tahun. Maka mengikut kes tadi bayi yang bakal lahir adalah lelaki.

Mungkin ianya tepat atau ianya hanya kebetulan, namun anda boleh menguji dikalangan kawan-kawan yang sedang mengandung, atau ambil sample ibu anda ketika hendak melahirkan anda. Apapun macam mana kita nak merancang keluarga nak anak lelaki banyak ka perempuan banyak ka. kita hanya boleh berusaha dan merancang tapi semua tuhan tentukan. Kepada sahabat saya terima kasih kerana share bahan ini kepada saya.

Related posts:

  1. Ikhlas Ke
  2. #1 Oh baru aku tahu! : internet guna MiFi
  3. Masih sahkah?
  4. Rakyat Malaysia Kreative?
  5. Rombongan K-Sains Ke Kolompo #1
Tagged with:  
Share →

One Response to Teori Purba Cina Bayi Lelaki atau Perempuan

  1. [...] ya, secara kebetulan bila tengok Teori Purba Cina bagi menentukan anak lelaki atau perempuan yang pernah aku postkan dulu pon hampir sama. Apapun semua itu dengan izin allah. [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge