Bila tengok iklan TM nampak best ja bila Ramli score gol untuk manchester. Tapi yang tuh semua angan-angan ja, tapi tak mustahil untuk direalisasikan. Perlu perubahan dari semua sudut, mental dan segalanya. Dipihak pengurusan perlu lebih terbuka dan kurangkan kronisme. Baru cita-cita nak eksport player ke negara luar tuh berjaya.

Tapi kadang-kala kat malaysia ni, campur adukkan dengan politik untuk memperoleh satu kejayaan dengan cepat. Tengok macam Alex Yoong terus hancur bila sampai ke litar F1. La ni cerita Safee, nak sumbat dia ke liga england. Kesudahan dia mungkin akan jadi seperti banyak player asia yang lain.

Cerita dari zaman kiatisuk sampai sekarang Ryo Miyachi. Player asia dianak tirikan saja. Apa yang penting kepentingan kewangan bagi sesebuah kelab tersebut. Untuk tarik penaja atau untuk tarik peminat asia yang marketnya sangat luas.Bakat ? diaorang boleh dapat banyak lagi.

Kenapa england sahaja, itu yang menjadi kepelikkan aku. Bukan apa, kata kita tak pernah dijajah tapi hakikatnya. Banyak liga yang berkualiti seperti spain, france, jepun, german. Itu kena fikirkan sendiri la, niat dan hasrat perlu clear. Perjalanan masih jauh untuk kita jual bakat diluar negara, perlu perancangan perlu pengorbanan. Bukan mustahil tapi sekarang bukan lagi masanya.

Related posts:

  1. Takda Luck
  2. Hari Ini Dalam Sejarah 10 Tahun Lalu
  3. Tamat Sudah BPL
  4. Pelarasan Harga Lagi
  5. Banjir Datang Lagi
Tagged with:  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge