Semalam aku cuba meneroka hampir semua laman web universiti, dan jabatan kerajaan, apa yang dapat dilihat adalah kebanyakkan laman web di Malaysia menggunakan platfom joomla untuk memudahkan pembinaan dan menyelenggaranya. Seorang sahabat memaklumkan bahawa semua jabatan kerajaan digalakkan untuk mengunakan platform joomla.

Apa yang menyebabkan aku terfikir mengapakah kita lahirkan banyak graduan IT dan cendiakawan IT tapi diperingkat perlaksanaannya kita masih lagi menjadi pengguna bukannya pencipta. Hairan aku adakah OBE yang dibuat tak melihat atau mencungkil idea baru. Dalam bulan Julai kita dikejutkan dengan cerita budak budak nakal IT untuk menggodam laman web jabatan dan laman web lain untuk menunjukkan tanda protes akibat halangan yang telah diwujudkan oleh kerajaan. Manakan tidaknya platfom terbuka dan disukai ramai macam joomla atau wordpress amat mudah dilepasi. Mungkin kejadian sebaliknya jika kita jadi warga pencipta amat mudah kita mengawalnya.Selain dari segi platform, reka bentuk laman web juga kita tidak mampu menciptanya. Hampir semua laman web jabatan kerajaan dan universiti hanya menggunakan template yang telah dihasilkan oleh orang luar. Kita hanya menjadi pengubah dan mendekorasikan sedikit sahaja. Mana produk dan modal insan yang kita keluarkan, pointer tinggi, tapi masih lagi menjadi pengguna bukan pencipta sangat memalukan.

Mampukah kita mendabik dada mengatakan masyarakat kreative dan mampu menghasilkan idea baru? Mampukah kita dapat mencipta satu platform yang baru yang mampu mencipta kegilaan baru seperti yang dilakukan oleh facebook, friendster? Bukan membeli friendster dan mentadbirnya ketika ianya out of favour.

Azam Rashid : aku juga seorang pengguna, aku tak pernah belajar coding, komputer secara proper, hanya bergantung kepada cikgu help ja.

Related posts:

  1. Pro Kontra Halangan Laman Web
  2. Lepas Post Bukan Lagi Glitterati
  3. Ikhlas Ke
  4. Sajian Astro Makin Memualkan
Tagged with:  
Share →

2 Responses to Rakyat Malaysia Kreative?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge