Daripada pemerhatian aku, salah satu cara bagi meningkatkan trafik ke laman blog kita, adalah dengan membuat hebahan diblog seperti gengblogger.com yang merupakan satu jaringan sosial bagi penulis-penulis blog.
Mau atau tidak pastinya kita akan memperoleh sekurang-kurangnya 10 orang pengunjung ke laman blog kita dengan menggunakan gengblogger.com. Jumlah ini mungkin lebih mengikut gaya penulisan kita, cara kita presentkannya dan topik yang menarik. Namun kalau kita selalu pos ke gengblogger sahaja sambil mengharapkan pembaca yang berlainan untuk masuk ke web kita adalah amat merugikan.
Ini menunjukkan bahawa topik atau gaya penulisan kita masih lagi tidak dapat menarik pelawat yang recurring ke laman blog/website kita. Ini aku alaminya tapi bagi aku ianya tidaklah sesuatu yang membimbangkan kerana apa yang aku buat hanyalah untuk bersuka suki sahaja, melepaskan apa yang terlintas. Namun bagi sesetengah orang, mereka mempunyai hajat untuk menulis kerana duit maka mereka terpaksa menggunakan pelbagai kaedah selain dari mepingkan di gengblogger sahaja termasuk satu kaedah yang amat menjengkelkan bagi aku.
Kaedah tersebut adalah kaedah meng”IM“kan di laman gengblogger tersebut. Kata kata seperti “singgah2 ke laman web saya http://www.azamrashid.com” “Ini post terbaru saya perut saya buncit http://www.azamrashid.com/perutbuncit” amatlah menjengkelkan saya. Bukan apa saya rasakan pihak penyedia perkhidmatan gengblogger menyediakan sistem instant mesengger tersebut adalah untuk memudahkan para blogger untuk berinteraksi dengan lebih mesra dan pada yang sama dapat mengeratkan silaturahim.
Jika banyak sangat ahli yang suka menyepamkan di instant mesengger tersebut lama kelamaan ianya akan membosankan pengguna lain. Bagi aku, kalau nak tingkatkan trafik ke laman kita perlulah kita berusaha meningkatkan kualiti penulisan kita dan bukannya dengan kaedah spam yang menjengkelkan. Usaha dan banyak membaca mungkin akan membantu meningkatkan trafik anda. Jika anda ingin gunakan belajarlah berkawan dengan rakan blog anda insyaallah diaorang akan pi melawat korang punya blog. Malahan mungkin diaorang menjadi salah seorang dari pembaca tegar web/blog anda
Azam Rashid : Mohon maaf jika ada yang terasa
Related posts:



tu sebab aku tak paksa orang datang… sebab aku main tarah je apa nak tulis kat blog aku… hahahaha
is150 recently posted..Testing
betui setuju